Selamat Datang!!!
January 13th, 2007 by albaminfarhiAHLAN WASAHLAN WA MARHABAN BIKUM!!!
Selamat datang kepada semua pelajar KPLI,KPLI j-QAF,dan pelajar KPM OUM! Selamat datang kembali ke IPGM KIPP wahai junior2 PJ & Math! Kami menerima anda semua dengan tangan terbuka..
Esok, 15 Januari 2007, Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Institut Perguruan Perlis (nama baru), akan menerima kumpulan pelajar baru dan lama yang akan mendaftar bagi sesi 2007! Pelajar yang akan mendaftar esok adalah terdiri daripada 61 orang pelajar PISMP (dahulunya juga menjalankan kursus PPISMP di institut ini), 100 orang pelajar KPLI, 130 orang pelajar KPLI j-QAF, dan 150 pelajar KPM OUM.
Untuk junior2 aku yg kembali menyambung pelajaran kat sini, aku ucapkan tahniah dan buatlah yang terbaik untuk penggal yang serba baru nie. Manakala untuk kumpulan Sains yang kena wat kat IPDA tuh, aku doakan korang seme berjaya kat tempat orang.. harumkanlah nama IPPP, naikkan namanya dengan segala macam kemahiran dan penglibatan yang positif korang semasa berada di IPPP nih.. tunjukkan prestasi yang memberangsangkan.. oh ya.. tak lupa jgk kat Zariq & Ku Liana yg kena g IPDA tuh..aktif2kan la diri tu jd JPP ke..debate ke..syarahan ke..dah mmg trait korg kena aktif kat atas pentas..(Ku konfem jdk JPP nyer)..huhu
Pape pon..bagi aku sendirik, esok dan sepanjang minggu nie adalah antara hari2 yang tersibuk yang akan aku lalui bagi meneruskan kehidupan aku kat sini..bagi aku, ini lah aku-ketegasan aku terhadap tanggungjawab yang aku galas..walau macamana jerih sekalipun hari yang perlu aku tempuh, aku kena sabar..menuju hari depan..
dahulu, ada seorang Nabi (bukan NAbi Muhammad atau Nabi yang kita kenal) yang diberikan mimpi oleh Allah sebagai wahyu padanya..dalam mimpi, Allah mengarahkan Nabi menuju ke satu arah, dan ada perkara2 tertentu yang Nabi itu perlu hadapi..Esoknya, Nabi tersebut berjalan ke arah yang ditunjukkan..nun di hujung, tersergam sebuah bukit hitam besar, sebesar-besarnya! Nabi tu teringat, dalam mimpi, Allah menyuruhnya memakan benda hitam itu.. Nabi terkejut! Tapi, dengan sabar, dia berjalan ke arah benda hitam besar, dan benda itu menjadi kecil, sekecil-kecilnya sehingga sebesar sebuku roti..pastu, Nabi itu makan dan rasanya manis seperti madu! kemudian Nabi teruskan perjalanan mengikut arahan mimpi (cerita ni panjang lagi)..
di sini, seperti Nabi itu, walau sebesar mana masalah, aku akan hadapi! kerana jika dihadapi dengan sabar, masalah menggunung tinggi akan menatijahkan kemanisan yang tak terhingga!
Wallahua’lam..