HARI-HARI HUSNU ZHAN

kadang kita hidup alpa

kadang kita ingat pada TUHAN

resmi manusia yang imannya yazid wa yanqus

di antara akal dan nafsu yang saling bertelingkah

pada kehendak yang tak terbatas

dan tuntutan jiwa kosong yang mendamba TUHAN…

semalam hari berlalu riang dan gembira

kadang-kadang lesu menjengah tabir hidup

aku yang berjalan atas jalanan yang seni

halus jalan itu mendesak aku goyah

namun di paksi iman aku teguh…

hari ini,

aku berkira-kira akan kesilapan lalu

yang tak terhitung sudah

pundak yang memberat penuh khilaf

hanya dapat aku adu pada TUHAN sahaja

akan pengampunan yang sekiranya ada

sekiranya aku layak…

esok,

aku menetap sangka baik selalu

rahmat TUHAN yang tak mungkin aku berputus asa

sentiasa akan aku berusaha mendekatiMU

kerana aku tahu

pagar neraka itu keseronokan

pagar syurga itu sengsara…

Leave a Reply