Archive for October, 2008

Cahaya Masa

Saturday, October 25th, 2008

Tiap kata yang terluah

aku memastikan ia hikmah

tiap bicaraan kalimat

aku memastikan ia nasihat

kerana aku guru…

aku yang memegang perdu harapan

melentur pada rebung yang putih bersinar

suci tanpa noda, bergemerlapan..

saban hari nafas yang kuhirup

diabdi pada amanat mendidik warisan muda

dengan senyum kelat menelan bisa

pada garis keringat yang tersembunyi di balik topengan muka manis

aku melangkah selayaknya seorang perwira

pejuang di jalan berbeda

jalan didik…

sekali ini

sambil aku memandang pada wajah anak-anak muridku

aku melihat cahaya…

HARI-HARI HUSNU ZHAN

Friday, October 17th, 2008

kadang kita hidup alpa

kadang kita ingat pada TUHAN

resmi manusia yang imannya yazid wa yanqus

di antara akal dan nafsu yang saling bertelingkah

pada kehendak yang tak terbatas

dan tuntutan jiwa kosong yang mendamba TUHAN…

semalam hari berlalu riang dan gembira

kadang-kadang lesu menjengah tabir hidup

aku yang berjalan atas jalanan yang seni

halus jalan itu mendesak aku goyah

namun di paksi iman aku teguh…

hari ini,

aku berkira-kira akan kesilapan lalu

yang tak terhitung sudah

pundak yang memberat penuh khilaf

hanya dapat aku adu pada TUHAN sahaja

akan pengampunan yang sekiranya ada

sekiranya aku layak…

esok,

aku menetap sangka baik selalu

rahmat TUHAN yang tak mungkin aku berputus asa

sentiasa akan aku berusaha mendekatiMU

kerana aku tahu

pagar neraka itu keseronokan

pagar syurga itu sengsara…

AKU KEMBALI

Friday, October 17th, 2008

Waaahhh, lamanya aku tak menulis kat blog friendster nih.. dah setahun agaknya? tengok style blog pon dah lain dah.. emm.. buat masa ni tulis ni dulu lah.. xder idea.. hehe..

tp, aku nk citer sket.. tahun 2008 adalah tahun bermakna buat aku.. especially dlm study nih, aku puas ati dapat jadik cikgu yg lebih baik dr tahun lepas.. aku puas ati aku dapat ketenangan hakiki dengan mendekati TUHAN.. aku bersyukur atas pertolongan ALLAH yang mempermudahkan segala-galanya bagi aku.. tiada kata lain yang selayaknya untuk aku sampaikan pada KHALIQku di atas sana, selain ALHAMDULILLAH dalam ketinggian perasaan yang tak dapat dibayangkan.. walau dibisik lisan sahaja kataku.. DIA.. MAHA MENDENGAR…