Archive for May, 2007

Taman Syurga..

Monday, May 7th, 2007

seperti air laut
birunya langit Tuhan
di bawah cahaya gembira mentari
dan mega suci bersih
hari yang terang..

taman syurga
adalah nama agung rumah Tuhan di tempatku
tempat sang pencinta berkasih
menumpah rindu dendam kepada Tuhan
pada dini hari dan siang tidak berkala

taman syurga
pada hari berlangit biru
aku memandangmu dengan pandangan jauh
yang aku berjanji
selalu sujud di dalammu
selalu zikir di lembut lisan ketenangan
suatu hari nanti
kujanji..

Pengalaman PL & Nazer

Sunday, May 6th, 2007

ISNIN, 7 MEI 2007 - Barulah aku berkesempatan menulis entry pasal pengalaman aku pergi PL (pendidikan luar) di Langkawi pada bulan lalu..

(adeh, sakit mata betul tulisan kaler nih!)..
Bagi aku, seorang yang begitu sukakan aktiviti luar yang mencabar dan meletihkan, dapat menjalankan PL adalah merupakan satu perkara yang sangat menyeronokkan! Tiada kata yang dapat menggambarkan betapa dalamnya perasaan gembira yang terbit dari hati aku nih.. it’s undescribable!

Sebab?

Sebab aku suka pantai, aku suka bukit, aku suka pemandangan yang cantik, AKU SUKA SEGALA-GALANYA!
Ahh….
Bak kata Howard Gardner, manusia mempunyai 8 jenis kecerdasan, dan dalam konteks ini, aku tergolong dalam kecerdasan naturalistik. Ya, NATURALISTIK! Apa yang mendorong minat aku ini (sejak kecil lagi), kerana bagiku ada nilai yang akan aku perolehi dari pengalaman itu, ada pelajaran yang akan aku dapat, dan yang paling penting, ADA CERITA UNTUK AKU KONGSI KEGEMBIRAAN PENGALAMAN AKU ITU DANGAN ORANG LAIN!

Aku, melalui PL dengan perasaan yang bercampur-baur, berkecamuk, tapi yang paling penting perasaan gembira itu. Kenapa bercampur-baur? Sebab ianya extreme, terlalu extreme untuk aku (melebihi apa yang aku visualisasikan dlm mindaku sebelum pergi PL)! Betul, aku sedikit kesal dengan tindakanku yang memarahi rakanku semasa berkayak, aku kesal dengan menyalahkan Amy atas kelambatan kayak kami (walaupun aku pendam dalam hati jer) walhal aku yang mengayuh kayak dengan teknik yg salah, dan aku kesal bersikap haram jadah semasa tiba di Pulau Dayang Bunting petang itu! Ahh….! Apalah aku ni!?

Tapi, dari situ aku belajar, untuk bekerja dalam keadaan tertekan amat susah. "Bekerja Under Tension" itulah istilah yang selalu aku gunakan untuk memujuk adik2 JPP aku untuk terus bermotivasi untuk bekerja. Tapi, apabila berhadapan dengan situasi itu, aku terfikir bahawa untuk meluahkan kata-kata bekerja under tension itu - aku bukanlah terlalu layak. Pengalaman yang aku ada terlalu cetek. Aku perlu belajar lebih, dan yang terpenting - MENTAL AKU MESTI KUAT!

Hari ini juga, kawanku Naste (nazer), budak lid* dari Jitra itu, menyebut namaku dalam entry pertama blognya..
mungkin ia satu penghormatan bagiku yang mendorong beliau mewujudkan blognya sendiri.. apa-apa pun, terima kasih, Nazer! :-)

IT’S TIME TO APPRECIATE UR LOVED ONE..

Friday, May 4th, 2007

"If ever the day comes..
and you find a better person than me..
just remember that what I gave to you is..
the best of what I have..
and what I am to you is..
the best that I can only be.."

Hari ini aku seperti hari-hari yang terdahulu..sibuk dan mengintai peluang rehat seperti selalu..aku mungkin tidak seperti rakan-rakanku yang lain..punya masa untuk bergelak ketawa dan bersenggang di kamar, rehat dan tak tahu nak buat aper sampai ‘batak’ (jemu) dibuatnya! Ya, aku ni seorang ‘corporate warrior’!.. jarang ader maser utk benda lain..

Tapi aku lega hari ini, juga 2 3 hari yang lepas..habis jer pesta konvo yang menjerihkan 2..aku cuba untuk melupakan segalanya..(tapi x boleh, kau kena buat laporan,Alias!).. ah? oh ya, laporan pesta konvo! arrrggghhh, malasnyer nak buat..aku nie bukan orang yang rajin sangat..aku jenis yang bersemangat jer, x cekap dlm buat2 dokumen nih! <== (Alias x sesuai jadik SU, hahahaha!).

Kadang2 aku menghitung menolak, berkira-kira..sama ada untuk berhenti melakukan segala kesibukan ini..ya, aku sudah buat keputusan..dlm mindaku aku merancang utk menarik diri dr JPP tahun depan.. cukup laa 3 tahun yang meletihkan..aku dah tak tahan..bagi laa orang lain pulak pegang jawatan tinggi nie.. dan.. selepas tu, aku fikir untuk menyibukkan diri dengan kerja2 amal..mungkin aku boleh bantu PGPI? ya, aku suka surau..lebih2 lagi sejak dua menjak nie diri aku begitu jauh dengan rumah Allah-taman syurga itu..

Ahh..sambil aku mendongak jauh ke masa depan, sambil aku berfikir.. adakah masih ada nafas lebih untuk aku terus berbakti? …

P/S: SAYANGI INSAN DI SEKELILINGMU SELAGI MASIH ADA..