Kerenah Adik-adik Veteran..
HARI INI AKU BERDIRI DI PENGHUJUNG MASA… TERUS BERDIRI DAN MELIHAT WAKTU SEJAUH PANDANGAN..
Hari ini, khamis, 18 Januari, hari ke-4 aku bertungkus-lumus mengelola Minggu Pengurusan Pelajar Baru.. Ahhh..bila difikir2 kembali, betapa aku kali ini tak seletih dulu.. dengan tenaga kerja yang beberapa kerat,kami mengurus segala-galanya di minggu penuh getir itu, namun kini segalanya terasa tak seperti dulu.. dengan adik2 JPP yang begitu komited dan berdedikasi, segala beban yang ditanggung seakan ringan saja.. seolah2 ditanggung oleh setiap dari kami, sikit2 sorang.. benar bak kata orang-orang tua dulu kala "yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing"..
Terima kasih adik2ku..
Ya, hari ni hari ke-4, esok hari terakhir. Memikirkan itu membuat aku sedikit lega, cukup untuk membuat aku tak terfikir sangat dengan event minggu depan yang lebih mencabar - Kursus Renang. Arrgghhhh! dengan bek duit yang hanya keluar angin sekarang nih, nak kena beli seluar renang laa, goggle la, swimming cap la.. bila ditanya kat Kak Yati, orang di Pentadbiran yang bertanggungjawab ngan hal kewangan nih, katanya elaun masuk bulan 2! Ahhhhh..pengsan aku dibuatnya.. Kak Yati janji nak cari jalan bagi duit pendahuluan dulu ker.. Alhamdulillah ler..x pe, pasni Kak Yati akan call Nazer, sahabatku, untuk uruskan hal2 duit nih..
Emm, pelajar KPLI & J-QAF yang tengah orientasi 2, mmg x bleh nak tepati masa, kebanyakannya. Dah bagitau arahan jelas, mantap, & tetap pon, diorg still slooooowww jer. Camner leh jadik gini pon aku x tau.. tengok la kalo lepas nie diorg nak berubah jadik proaktif sket.. aku harap, sehingga esok, adalah hari-hari baik untuk uku di minggu pengurusan pelajar baru nih.. sehingga esok jgk, aku pohon doa supaya Allah bg aku kesihatan n kekuatan untuk stay cergas..
akhir kalam, aku doakan agar sahabatku maser skolah dlu selamat melalui pembedahan akibat kemalangan-Nor. Ya Allah, selamat kan dia! Berkati Ibu bapaku! Rahmati daku dan adik-beradikku, AMIN..
January 18th, 2007 at 6:27 pm
ko ke jpp yg urus semua nie..
hahaaha..
January 18th, 2007 at 7:26 pm
x ape la,alias,
lepas ni enjoy la at KL!1
jumpa di kolam renang ya!!
hehe…
January 19th, 2007 at 6:55 am
ya elaun..
ko da nazer..
heehhe..
jumpa di kolam renang nanti..
kikikiki
January 19th, 2007 at 6:54 pm
thanks 2 those who positively comment my post!!! thehehhee…
January 24th, 2007 at 5:59 am
dh namenye pon ko 2 JPP.kene r wat sume tu..huahahaha!aku yg tlibat sehari je lm mggu pendftrn KPLI tu pon,penat gler!sib baik x tcabut tumit kasut aku.