Archive for January, 2007

Aaah..letihnya aku..

Monday, January 29th, 2007

Aku, seorang lelaki,

bangunlah menghadap hari-hari depan,

dengan dada mendabik luas,

penuh yakin,

berpijak di bumi nyata,

dengan wajah baru berseri..

Amin….

La! La! La! La! I’m The Fooled Man!

Friday, January 19th, 2007

"actually we can never forget what someone we love do to us..but all we do is forgive"

kadang-kadang aku terpikir kalo aku boleh jadik burung, bebas terbang di lembut mega..kadang-kadang jugak aku raser cam nak jadik ikan di air berenang bebas..tapi, kalo aku jadik burung, nanti aku kena tembak camner? maner tau aku disyaki pembawa selesema burung? kalo aku jadik ikan, maner tau dipancingnye aku oleh bebudak junior yang sakan memancing skang nih (kat tasik belakang maktab)..

ahh..maner2 kehidupan pon ader masalahnyer..xder org yang idop perfect kat dunia nih..even dah kaya banyak duit pon idop x tenang cam bawang putih, kan?

pape pon, idop kite bergantung pd tuhan..Allah bleh wat aper sajer kat kiter nih..kejap jer nikmat dier bagi, kalo x bersyukur kite, ader la aper2 blaku kat x lame lg..

aku, insan alpa..di kejerihan masa-masa menadah tangan.. dapat, kemudian berpaling.. ahh,i’m the fooled man..

ASTAGHFIRULLAH AL AZHIM..

Kerenah Adik-adik Veteran..

Wednesday, January 17th, 2007

HARI INI AKU BERDIRI DI PENGHUJUNG MASA… TERUS BERDIRI DAN MELIHAT WAKTU SEJAUH PANDANGAN..

Hari ini, khamis, 18 Januari, hari ke-4 aku bertungkus-lumus mengelola Minggu Pengurusan Pelajar Baru.. Ahhh..bila difikir2 kembali, betapa aku kali ini tak seletih dulu.. dengan tenaga kerja yang beberapa kerat,kami mengurus segala-galanya di minggu penuh getir itu, namun kini segalanya terasa tak seperti dulu.. dengan adik2 JPP yang begitu komited dan berdedikasi, segala beban yang ditanggung seakan ringan saja.. seolah2 ditanggung oleh setiap dari kami, sikit2 sorang.. benar bak kata orang-orang tua dulu kala "yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing"..

Terima kasih adik2ku..

Ya, hari ni hari ke-4, esok hari terakhir. Memikirkan itu membuat aku sedikit lega, cukup untuk membuat aku tak terfikir sangat dengan event minggu depan yang lebih mencabar - Kursus Renang. Arrgghhhh! dengan bek duit yang hanya keluar angin sekarang nih, nak kena beli seluar renang laa, goggle la, swimming cap la.. bila ditanya kat Kak Yati, orang di Pentadbiran yang bertanggungjawab ngan hal kewangan nih, katanya elaun masuk bulan 2! Ahhhhh..pengsan aku dibuatnya.. Kak Yati janji nak cari jalan bagi duit pendahuluan dulu ker.. Alhamdulillah ler..x pe, pasni Kak Yati akan call Nazer, sahabatku, untuk uruskan hal2 duit nih..

Emm, pelajar KPLI & J-QAF yang tengah orientasi 2, mmg x bleh nak tepati masa, kebanyakannya. Dah bagitau arahan jelas, mantap, & tetap pon, diorg still slooooowww jer. Camner leh jadik gini pon aku x tau.. tengok la kalo lepas nie diorg nak berubah jadik proaktif sket.. aku harap, sehingga esok, adalah hari-hari baik untuk uku di minggu pengurusan pelajar baru nih.. sehingga esok jgk, aku pohon doa supaya Allah bg aku kesihatan n kekuatan untuk stay cergas..

akhir kalam, aku doakan agar sahabatku maser skolah dlu selamat melalui pembedahan akibat kemalangan-Nor. Ya Allah, selamat kan dia! Berkati Ibu bapaku! Rahmati daku dan adik-beradikku, AMIN..

Selamat Datang!!!

Saturday, January 13th, 2007

AHLAN WASAHLAN WA MARHABAN BIKUM!!!
Selamat datang kepada semua pelajar KPLI,KPLI j-QAF,dan pelajar KPM OUM! Selamat datang kembali ke IPGM KIPP wahai junior2 PJ & Math! Kami menerima anda semua dengan tangan terbuka..

Esok, 15 Januari 2007, Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Institut Perguruan Perlis (nama baru), akan menerima kumpulan pelajar baru dan lama yang akan mendaftar bagi sesi 2007! Pelajar yang akan mendaftar esok adalah terdiri daripada 61 orang pelajar PISMP (dahulunya juga menjalankan kursus PPISMP di institut ini), 100 orang pelajar KPLI, 130 orang pelajar KPLI j-QAF, dan 150 pelajar KPM OUM.

Untuk junior2 aku yg kembali menyambung pelajaran kat sini, aku ucapkan tahniah dan buatlah yang terbaik untuk penggal yang serba baru nie. Manakala untuk kumpulan Sains yang kena wat kat IPDA tuh, aku doakan korang seme berjaya kat tempat orang.. harumkanlah nama IPPP, naikkan namanya dengan segala macam kemahiran dan penglibatan yang positif korang semasa berada di IPPP nih.. tunjukkan prestasi yang memberangsangkan.. oh ya.. tak lupa jgk kat Zariq & Ku Liana yg kena g IPDA tuh..aktif2kan la diri tu jd JPP ke..debate ke..syarahan ke..dah mmg trait korg kena aktif kat atas pentas..(Ku konfem jdk JPP nyer)..huhu

Pape pon..bagi aku sendirik, esok dan sepanjang minggu nie adalah antara hari2 yang tersibuk yang akan aku lalui bagi meneruskan kehidupan aku kat sini..bagi aku, ini lah aku-ketegasan aku terhadap tanggungjawab yang aku galas..walau macamana jerih sekalipun hari yang perlu aku tempuh, aku kena sabar..menuju hari depan..

dahulu, ada seorang Nabi (bukan NAbi Muhammad atau Nabi yang kita kenal) yang diberikan mimpi oleh Allah sebagai wahyu padanya..dalam mimpi, Allah mengarahkan Nabi menuju ke satu arah, dan ada perkara2 tertentu yang Nabi itu perlu hadapi..Esoknya, Nabi tersebut berjalan ke arah yang ditunjukkan..nun di hujung, tersergam sebuah bukit hitam besar, sebesar-besarnya! Nabi tu teringat, dalam mimpi, Allah menyuruhnya memakan benda hitam itu.. Nabi terkejut! Tapi, dengan sabar, dia berjalan ke arah benda hitam besar, dan benda itu menjadi kecil, sekecil-kecilnya sehingga sebesar sebuku roti..pastu, Nabi itu makan dan rasanya manis seperti madu! kemudian Nabi teruskan perjalanan mengikut arahan mimpi (cerita ni panjang lagi)..

di sini, seperti Nabi itu, walau sebesar mana masalah, aku akan hadapi! kerana jika dihadapi dengan sabar, masalah menggunung tinggi akan menatijahkan kemanisan yang tak terhingga!
Wallahua’lam..

Jalan Manusia Berbeda..

Wednesday, January 10th, 2007

"anyone can become angry - that is easy. But to be angry with the right person, to the right degree, at the right time, for the right purpose, and inthe right way - this is not easy."

                                            Aristotle, The Nicomachean Ethics.

Pada suatu malam, di surau selepas Isyak. Aku menunggu sahabatku, dua orang - Yup dan Kimi, lalu beriringan pulang ke kolej. Yup adalah si Kelantan yg kecek luar dan Kimi seorang Kedah, nun di Felda Lubuk Merbau asalnya. Aku mengenali mereka berdua ketika mula-mula menjejakkan kaki di Institut Perguruan Perlis. Mereka adalah sahabat sekuliahku yang hanya beberapa kerat saja yang berbangsa Melayu (9 orang), yang lain Cina 5 orang, dan India 6 orang.

Ketika berjalan seiringan itu, Yup membuat lawak teka-teki yang dia dapat entah dari siapa? mungkin dari Epi (chef kafe Tuah) kot..

"dalam banyak2 pelam, pelam aper yg xleh makan?"
"pelam? ooo..pelam..pelam..haaa! Pele! (loghat kelantan)" jawapan ambiguos.
"emh..bukan!"
"pelam..pe-lam-pung!" jawabku meneka.
"hahahaha"

berderai ketawa kami tiga orang..diikuti dengan teka-teki yang berikutnya membuatkan gajah susur yang dilalui kami happening. Sampai ke teka-teki ke-3, tawa kami terburai dalam nada yang paling berfrekuensi tinggi.

Tiba-tiba, tak pasal-pasal junior yang dari tadi tengah berjalan kat depan aku menengking dengan kuat! "WOI, SENYAP ARGH!" kami yang still dalam mode lawak tu, terkedu! Aik? apsal mamat nie? ade problem ker? Bukan sekali mamat junior nie tengking kami yang berjalan kat belakang tu, dua kali! Haaii, ini dah lebih.. Cerita selanjutnya paham-paham jer la..

Kisah yang berlaku selepas itu (yang dirahsiakan) tak penting. Apa yang ingin saya tekankan adalah bagaimana seseorang manusia (junior tadi) boleh bertindak sedemikian rupa?

Saya ingin menarik perhatian pembaca dengan satu kisah, di mana seorang pelajar staright-A, Jason, di Florida sanggup menikam gurunya gara-gara ‘hanya’ memberi 80 markah dalam satu peperiksaan. Sehingga dia meneruskan pelajaran ke sekolah persendirian, dan memperoleh markah melebih 4.00 dengan mengambil advance paper menjadikannya pelajar paling cemerlang! tetapi tidak pernah meminta maaf atau bertanggungjawab ke atas tindakannya menikam gurunya dahulu.

Di atas adalah senario-senario di mana kadang-kadang manusia kehilangan rasional dalam keadaan-keadaan tertentu. Adakah logik, seorang pelajar straight A menikam gurunya sendiri? Adakah logik, seorang junior opsyen Pengajian Agama menengking senior selepas pulang dari surau? menurut Daniel Goleman, seorang pakar dalam bidang EQ dalam tulisannya bertajuk Emotional Intelligence & Working With Emotional Intelligence, membincangkan bahawa manusia kadang-kadang bertindak melampaui batasan apabila dirangsang oleh perkara-perkara tertentu. Rangsangan yang diterima oleh otak akan diterima oleh neocortex dan melalui thalamus untuk sampai ke amygdala. tetapi dalam sesetengah kes, rangsangan yang diterima terus bergerak dari neocortex ke amygdala tanpa diproses oleh thalamus menyebabkan seseorang kehilangan pertimbangan dan rasional dalam pemikiran.

Dalam konteks ini, Daniel Goleman menyatakan bahawa IQ dan EQ adalah berbeza, IQ adalah anugerah tuhan yang tidak boleh dipertingkatkan potensinye, tetapi EQ sebaliknya. Menurut WHO, kesihatan bukanlah semata-mata tidak mempunya penyakit dan cacat cedera sahaja, tetapi adalah kesihatan yang menyeluruh dari segi fizikal, mental, dan emosi.

Akhirul kalam..fikir-fikirkanlah..