Wahai IBU..
sekerdipan masa yang berlalu
bagai semalam bertatihnya aku
bagai sekejap cuma
waktu kau membesarkan aku,
anak-anakmu..
Wahai IBU..
mata di wajahku
menyaksikan kebantingan empat kerat tulanganmu
di jerih keringat yang menitis di lembut pipimu
di ringan senyummu
kerna di bahumulah
ada amanah ketua keluarga
yang dikhianati lelaki itu
lalu,
pada kecil telapak tanganmu
meraba-raba dalam pandangan rendah masyarakat
mengutip saki-baki kekuatan
dan bangun melangkah ke masa depan..
Wahai IBU..
darah yang mengalir di segenap pembuluhnya tubuh ini
tulang yang menunjangi tegak badan ini
dan daging yang membentuk kemaujudan aku
bersumpah
pada segenggam padu
mentaatimu selalu
berkhidmat padamu selalu
patuh katamu selalu..
Wahai IBU..
demi waktu yang disaksikan Allah Ta’ala
doaku untukmu
"selamat bersemayam di taman keredhaan-Nya"
kerana hari esok
hari ke-22 di bulan 9
hari lahirmu.. IBU..